Saturday, January 25, 2014

sejuk (2)

assalammualaikum dan salam sejahtera....

wah. excited giler aku nak menulis kat dalam blog kongsi ramai-ramai ni. yup. memang excited macam aku disediakan dengan kertas kajang yang tebal-tebal dan bebas mencoretkan ape-ape yang bukan melibatkan perasaan aku. hikhik.

aku tengok Encik H  Abam Ym Bundle bercerita pasal sejuk. betul lah, Malaysia dijangka sampai minggu hadapan sebab daripada monsun yang lepas, banyak awan-awan masih menutupi atmosfera Malaysia kite ni. 

Suhu Terkini dari fuh.my

disebabkan kawasan Lembah Klang dan Kuala Lumpur yang dijangka mengalami kesan sejuk paling minimum. aku rasa betul la kot. 

aku sendiri tak terasa dengan perubahan suhu ni sebenarnya. aku memang tinggal di Pekan Ijok, Kuala Selangor. pinggir bandar yang memang sejuk malam-malam. setiap malam kalau tak selubung dengan comforter sejak enam bulan lepas memang lansung tak boleh nak tido sebab sejuk. 

apetah lagi nak mandi kolah setinggi 3 kaki yang telah ditakung berabad-abad lamanya. memang koboi je la aku setiap pagi mandi. memang aku kalau boleh nak skip mandi pagi. dan kadang-kadang bila mental aku datang memang aku skip pun. hikhik. 

bila fenomena pelik yang datang memang mereka sangkut paut dengan kiamat. perubahan magnet dan orbit putaran bumi menginjak 4 darjah setiap hari katanya. finally bandar-bandar yang diklasifikasi sebagai bandar-bandar di utara akan terletak di bahagian selatan bumi. wallahualam. agaknya betul lah bila akhir zaman globe bumi akan jadi dengan tulisan Muhammad; macam yang mereka selalu publish kat facebook nun. 

aku suka je Malaysia sejuk sikit. sekurang-kurangnya pergantungan kita pada air-cond yang boleh merosakkan alam sekitar ni akan berkurang. aku tak suka air-cond sebab melalui air-cond la aku mengumpul segala-gala angin dalam badan dan menyebabkan kaki aku cramp, belakang aku sakit dan bla bla urat saraf aku memberontak. 

bila suhu Malaysia sejuk sikit; bila bukak cermin kereta tanpa air-cond pun okey. tak la rasa bahang sangat. boleh la nak jimatkan petrol. kan kan. 

tu je komen aku pasal sejuk.  

babai. assalamualaikum.




p.s : kalau pun tak sejuk, asal nak masuk meeting je tangan mesti sejuk. entah ape hal... hikhik.



8 comments:

  1. errr..yg bercerita tentang sejuk tu bundle..bukan aku..hahaha

    ReplyDelete
  2. kalau ko ckp h citer pasal sejuk refer entri yng lepas tu..maksudnya ko salah..tu entri aku..kalau h citer kat tempat lain, aku boleh terima lagi..grrrrr...

    ReplyDelete
  3. kenapa aku rasa macam h yang tulis?

    adoooiii....

    ReplyDelete
  4. Kat opis ni sejuk..ingat nk pi uniqlo la beli baju sejuk hihi

    ReplyDelete
  5. wak pon rasa seram sejukk jer sekunk nih..,uHHUuu

    ReplyDelete
  6. sejuk memang menjimatkan....tak payah kipas tak payah air cond. buka tingkap luas-luas seluasnya...hehe

    ReplyDelete