Wednesday, April 24, 2013

Sejarah

Ini backdated entry. Tentang sejarah penubuhan Kopitiam.


Secara dasarnya, Kopitiam diasaskan oleh Ym.Bundle pada 24 April 2013. Sebab tu la URL untuk blog ni ada perkataan 'kopitiam2013'. Nama asal Kopitiam pada awal-awal penubuhannya adalah Kedai Kopi. Agak kekampungan di situ ya kan ya kan..kehkeh.

Sehingga la pada suatu hari yang entah tak ingat bila, nama Kedai Kopi ni telah ditukar oleh Ku Syida. Ditukar kepada Kopitiam. Dan nama tu kekal, sampai sekarang, sebagai Kopitiam.

Motif penubuhan Kopitiam ni mudah jer. Untuk jadi tempat bersembang. Sebab masing-masing kenal kat blog. Tempat sembang pun tak menentu -- biasanya kat fibox Ym.Bundle la. Tujam, fibox pun entah apa-apa. Hidup segan, mati pun segan agaknya. Jadi atas dasar semangat kekitaan (cewah), Ym.Bundle mewujudkan Kopitiam ni sebagai medium pengantaraan antara kenalan-kenalan blogger.

Tudia..medium pengantaraan baq ang..hahaha.

Ahli mesyuarat tingkap kat dalam Kopitiam ni berganti-ganti. Ada yang masuk, ada yang keluar. Ada yang kekal, dan ada yang mengundur diri. Dan secara ringkasnya, nama-nama yang pernah menghiasi dan menjadi sebahagian daripada sejarah Kopitiam adalah seperti yang telah tertera DI SINI.

Harapnya, Kopitiam kekal kat sini walaupun akan datang nanti masing-masing mungkin decide untuk menyepi.