Saturday, March 1, 2014

The 'Day'

Assalamualaikum.

Beberapa hari yang lepas yang tak lah lepas sangat pun, kelas aku adakan Family Day. And diwajibkan semua join ‘Day’ ni. Melainkan kes-kes yang tertentu. So, ada lah beberapa orang yang tak join atas sebab musabab yang tertentu.

Ada sorang ni tak datang. So, aku tanya dekat kawan yang selalu dengan dia. Selalu ke kelas bersama. Selalu ke café bersama.  ‘kenapa dia tak datang?’

‘ntah, dia cakap.. bukan ad jugak yang nak kenang dia’

Jawapan yang diberi ntah jawapan yang real ataupun jawapan saja gurau-gurau.

Cumanya, jawapan dia tu buat aku membalas balik dalam fikiran dan hati aku sendri.

Dalam hidup ni, kita tak boleh harapkan orang kenang kita, sedangkan kita tak kenang orang. kita tak boleh nak harapkan orang memberi dan kita cuma hanya menjadi yang menerima.

Kita kenang orang, InsyaAllah orang akan kenang kita. Kita sayang orang, InsyaAllah orang akan sayang kita. Kita buat baik dekat orang, InsyaAllah orang akan buat baik dekat kita.

Jadi kesimpulannya, aku sangat-sangat hepi sebab dapat menjoinkan diri ke ‘family day’ kelas baru-baru nih, and kehepian tu bertambah disebabkan kawan-kawan pun sangat-sangat hepi.

Bila balik petang tu, rindu sangat-sangat dekat budak kelas. walaupun ahad ni jumpa jugak dengan dorang semula. Hahaha! Bila ada kawan cakap dah stat rindu dengan dak kelas, aku cakap, jangan rindu terlalu awal, ahad ni jumpa jugak.. padahal, aku pun dah stat rindu dengan dorang semua..

Sama dengan bila balik jer dari maen bowling aritu, bila dah bagi-bagi trofi, bila dah salam-salam semua, bila dah naek keta Echizen.. sayu jer rasa hati ni.. sebab rindu dengan korang semua.. masa yang ada terlalu singkat.. untuk aku membuang rasa segan..  dan bersikap normal sepertimana aku bersikap dengan kawan-kawan yang laen..

Ahh panjang sudah.. Ok bai!



Wednesday, February 5, 2014

Lagu ABC tadika tahun 2014.

Aku baru balik dari kampung, balik sebab konon nak celebrate CNY dengan family, ada la makan limau sekotak dua sampai mak aku bising takut aku sakit perut. Ni aku bukan nak cerita pasal limau atau angpau. Ni aku nak cerita pasal anak saudara aku, anak abang aku yang bongsu, Riniey Errina Qistina nama dia, umur baru lima tahun. Dia start pergi tadika tahun ni, 


Sila sengetkan laptop dan pc masing-masing aku malas nak betulkan video. 



Budak kenit ni mulut dia kemain menceceh-ceceh. Aku tanya dia kat tadika cikgu ajar apa, dia jawab dengan pelat Kedah pekat dia yang cikgu ajar lagu. So, aku expect lagu ABC la ye dak? Budak tadika nak belajar lagu apa lagi kan? So aku suruh la dia nyanyi aku nak dengar, dia tengah duduk bangun terus sengetkan kepala dia, goyang badan, mulut muncung, terus dia nyanyi dengan suara nyaring,

"Ku benar-benar sayang, pada dirimu oh kasihku!"

Aku terdiam, kakak aku yang ada masa tu pun terdiam, mak abah aku terkebil-kebil. Fik dengan abang ipar aku bantai gelak macam nak mampus. 

Aku terus telefon kakak ipar aku tanya dia hantar anak dia ke tadika ke akademi fantasia. Kakak ipar aku terus cakap nak tukar tadika lepas cuti CNY. 

Parah! Parah! Drama TV3 ni boleh tahan neraka dia rupa-rupanya. Haih!

Thursday, January 30, 2014

DEKAT TAPI JAUH




Klik untuk tumbesaran yang lebih jelas....orang lidi je aku mampu :(

P/S : Hanya segelintir jelah yang macam ni....kan?

Wednesday, January 29, 2014

Saturday, January 25, 2014

sejuk (2)

assalammualaikum dan salam sejahtera....

wah. excited giler aku nak menulis kat dalam blog kongsi ramai-ramai ni. yup. memang excited macam aku disediakan dengan kertas kajang yang tebal-tebal dan bebas mencoretkan ape-ape yang bukan melibatkan perasaan aku. hikhik.

aku tengok Encik H  Abam Ym Bundle bercerita pasal sejuk. betul lah, Malaysia dijangka sampai minggu hadapan sebab daripada monsun yang lepas, banyak awan-awan masih menutupi atmosfera Malaysia kite ni. 

Suhu Terkini dari fuh.my

disebabkan kawasan Lembah Klang dan Kuala Lumpur yang dijangka mengalami kesan sejuk paling minimum. aku rasa betul la kot. 

aku sendiri tak terasa dengan perubahan suhu ni sebenarnya. aku memang tinggal di Pekan Ijok, Kuala Selangor. pinggir bandar yang memang sejuk malam-malam. setiap malam kalau tak selubung dengan comforter sejak enam bulan lepas memang lansung tak boleh nak tido sebab sejuk. 

apetah lagi nak mandi kolah setinggi 3 kaki yang telah ditakung berabad-abad lamanya. memang koboi je la aku setiap pagi mandi. memang aku kalau boleh nak skip mandi pagi. dan kadang-kadang bila mental aku datang memang aku skip pun. hikhik. 

bila fenomena pelik yang datang memang mereka sangkut paut dengan kiamat. perubahan magnet dan orbit putaran bumi menginjak 4 darjah setiap hari katanya. finally bandar-bandar yang diklasifikasi sebagai bandar-bandar di utara akan terletak di bahagian selatan bumi. wallahualam. agaknya betul lah bila akhir zaman globe bumi akan jadi dengan tulisan Muhammad; macam yang mereka selalu publish kat facebook nun. 

aku suka je Malaysia sejuk sikit. sekurang-kurangnya pergantungan kita pada air-cond yang boleh merosakkan alam sekitar ni akan berkurang. aku tak suka air-cond sebab melalui air-cond la aku mengumpul segala-gala angin dalam badan dan menyebabkan kaki aku cramp, belakang aku sakit dan bla bla urat saraf aku memberontak. 

bila suhu Malaysia sejuk sikit; bila bukak cermin kereta tanpa air-cond pun okey. tak la rasa bahang sangat. boleh la nak jimatkan petrol. kan kan. 

tu je komen aku pasal sejuk.  

babai. assalamualaikum.




p.s : kalau pun tak sejuk, asal nak masuk meeting je tangan mesti sejuk. entah ape hal... hikhik.



Friday, January 24, 2014

Faktor-faktor Keguguran Rambut (Alopecia)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Korang semua mai sini aku nak share faktor-faktor keguguran rambut. Kat sini ada la beberapa sebab. Antaranya ialah :

  • Kekurangan Zat
  • Stress
  • Menjalani rawatan perubatan (Chemeotheraphy)
  • Kecederaan
  • Jangkitan-jangkitan fungus atau kulit kepala
  • Ubat-ubatan (anti pembekuan darah, gout, tekanan darah tinggi, ubat anti kemurungan dan perancang kehamilan)
  • Gangguan hormon (bersalin)

P palang S : Disini saya menasihatkan agar cikgu2 saya sekalian tidak mengamalkan pil perancang kehamilan bagi memastikan rambut cikgu2 sekalian kekal cantik dan menawan ;)

Thursday, January 23, 2014

SEJUK..

Tahukah anda Malaysia kita ni tengah sejuk..


Perlis dijangka akan menjadi tempat paling sejuk di Malaysia..


Walaupon kawasan yang paling sejuk sekarang hanya di utara,


tapi aku tak tau pasal apa KL pon sejuk..


seriously...kebelakangan ni aku dah malas mandi..sejuk...


Kalau korang nak tau, aku selalu berangan kat Malaysia ni sejuk...


Oh nikmatnya...





Cuba bayangkan di KL beriklim macam di UK ,NewYork atau Korea..perghh..


Tak payah dah susah-susah nak melancong tempat sejuk...


Boleh pakai baju macam Dora kat Berlin..


Tapi aku taknak lah salji pon turun jugak..nanti susah plak aku nak pergi kerja...


cukup la sekadar sejuk macam kat kawasan tinggi tu..


Kalau nak bersalji pon, hanya tempat tinggi macam Genting atau Cameron je...


Cuti-cuti hujung minggu boleh pegi meluncur sajli kat sana..woooaaa best..


harap satu hari nanti impian ni boleh jadi kenyataan...


Jangan plak masa tu korang cakap dunia dah nak kiamat..


Kalau tak turun sajli pon percayalah kiamat tetap akan datang... 


Bersiap sedia jela...


Mohon Sebarkan...kehkehkehkeh....



Monday, January 20, 2014

Asbeb

Pernah tengok orang Melayu cakap Bahasa Arab dalam slang mat saleh? Tak pernah kan? Hahaha.


Kbye.

Sunday, January 19, 2014

Introducción

ɥᴉsɐʞ ɐɯᴉɹǝʇ 'uɐᴉʞǝS

ɐʎuɐnɯǝsǝʞ ᴉɾᴉq ɥnɾnʇ ɐpɐ nʇ llɐq uoƃɐɹp˙˙ɐʎuɹɐuǝqǝs˙˙ɐʎuɹɐuǝqǝs˙˙ɐʎuɹɐuǝqǝS

*ƃuᴉʞƃuᴉlǝʞ ᴉɹɐɾ ʞnɾunʇ* ¡nɐʇ ᴉɾuɐſ ˙uᴉɐl ƃuɐɹo nɐʇᴉƃɐq uɐƃuɐɾ 'ᴉɾuɐɾ ɐuǝʞ ɐnɯǝs ʞɐʍɐ ᴉdɐ⊥ ¿ʞɐʇ ɐᴉsɥɐɹ nʇɐs nɥɐʇ ʞɐu ɐnɯǝs ʞɐʍɐ 'ɐʎ ɥO

ᴉlɐʞ uᴉɐl nʇ uóᴉɔɔnpoɹʇuI ɐnɯǝs ƃuɐʇuǝʇ uɐʞsɐlǝɾ uɐʞɐ ǝʇᴉʞ 'ɹɐdɐl qɐqǝs ɥǝlO ˙ʞᴉʇɐɯnɐɹʇ uɐp ʞᴉloqɯᴉs 'ʞᴉloʞuɐlǝɯ nʇᴉɐᴉ ɐƃᴉʇ ɐpɐdǝʞ ᴉƃɐɥɐqɹǝʇ uóᴉɔɔnpoɹʇuI 'ɐʎuɯnɯn ɐɹɐɔǝS ˙uóᴉɔɔnpoɹʇuI ɥɐlɐpɐ uᴉʇɐl ɐsɐɥɐq ɯɐlɐp ᴉu oɹʇuI

oɹʇuᴉ ƃuɐʇuǝʇ ʇᴉʞᴉpǝs uɐʞɐʇᴉɹǝɔ ʞɐu ǝʇᴉʞ 'ᴉpɐſ ¿ɹɐdɐl ᴉu ǝʇᴉʞ ƃuɐʎ ʞɐʇ nɐʇ ɐnɯǝs ʞɐʍ∀

ɯnʞᴉɐlɐnɯɐlɐss∀