Wednesday, February 5, 2014

Lagu ABC tadika tahun 2014.

Aku baru balik dari kampung, balik sebab konon nak celebrate CNY dengan family, ada la makan limau sekotak dua sampai mak aku bising takut aku sakit perut. Ni aku bukan nak cerita pasal limau atau angpau. Ni aku nak cerita pasal anak saudara aku, anak abang aku yang bongsu, Riniey Errina Qistina nama dia, umur baru lima tahun. Dia start pergi tadika tahun ni, 


Sila sengetkan laptop dan pc masing-masing aku malas nak betulkan video. 



Budak kenit ni mulut dia kemain menceceh-ceceh. Aku tanya dia kat tadika cikgu ajar apa, dia jawab dengan pelat Kedah pekat dia yang cikgu ajar lagu. So, aku expect lagu ABC la ye dak? Budak tadika nak belajar lagu apa lagi kan? So aku suruh la dia nyanyi aku nak dengar, dia tengah duduk bangun terus sengetkan kepala dia, goyang badan, mulut muncung, terus dia nyanyi dengan suara nyaring,

"Ku benar-benar sayang, pada dirimu oh kasihku!"

Aku terdiam, kakak aku yang ada masa tu pun terdiam, mak abah aku terkebil-kebil. Fik dengan abang ipar aku bantai gelak macam nak mampus. 

Aku terus telefon kakak ipar aku tanya dia hantar anak dia ke tadika ke akademi fantasia. Kakak ipar aku terus cakap nak tukar tadika lepas cuti CNY. 

Parah! Parah! Drama TV3 ni boleh tahan neraka dia rupa-rupanya. Haih!